Friday, October 5, 2012


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar.

Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang."Itu tidak betul. Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui.Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa.Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu."Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang. Kami bersedia bila-bila masa," katanya.Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur."Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir. Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar.Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebutNamun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas."Jangan emosi Pengerang, jangan emosi," celah Nurul Izzah berulang kali.Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah.Isu Pengerang menjadi semakin panas, apabila Himpunan Hijau yang dianjurkan PAS tempoh hari mendapat sambutan menggalakkan.

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Ringan beban rakyat atau bajet p'raya


Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini bakal dinilai oleh rakyat sama ada benar-benar mahu meringankan beban rakyat untuk jangka masa panjang atau sekadar bajet piliharaya

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, rakyat sedang menanti dengan harapan bahawa bajet kali ini memberi tumpuan khusus kepada perkara-perkara yang membebani mereka khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara pengumuman yang ditunggu-tunggu rakyat katanya termasuk penghapusan tol, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) penghapusan cukai aksais kenderaan dan tidak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


"Bajet 2013 kali ini harus menekankan perkara yang dirasai oleh rakyat.

"Pemansuhan tol, penurunan harga petrol, itu semua memberi kesan berantai kepada penurunan kos hidup rakyat di negara ini dan itulah yang sedang dirunggu-tunggu," katanya.

Bajet 2013 akan dibentangkan Perdana Menteri di parlimen jam 4 petang ini dan akan disiar secara langsung melalui steten televisyen perdana.

Biarpun difahamkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua akan diumumkan dalam bajet itu hari ini, namun harapan rakyat tetap kepada penyelesaian masalah pokok seperti bebanan tol, harga minyak dan cukai aksais kenderaan.



Berhubung perlaksanaan GST pula, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, ianya boleh dielak jika kerajaan BN menghentikan budaya rasuah, penyelewengan, ketirisan dan salah guna kuasa.



"Selagi masalah-masalah itu membelengu pentadbiran kerajaan BN, selagi itu hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan terbantut," katanya.


Sebab itu katanya, Pakatan Rakyat menampilkan belanjawan alternatif dengan tema Ekonomi Rakyat Negara Berkat, mencerminkan fokus penyelesaian utama adalah kepada masalah yang sedang dihadapi rakyat.





Ianya termasuk penghapusan tol, menurunkan harga minyak, menurunkan harga kenderaan dan juga memperkenal undang-undang anti monopoli supaya kegiatan ekonomi tidak hanya dikuasai syarikat kroni.

Thursday, September 27, 2012

PM: Pembida lain akur keputusan tender projek LRT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tiada pembida yang berasa tidak puas hati apabila kerajaan menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang yang bernilai RM1.084 bilion kepada George Kent-Lion Pacific JV.

Menteri kewangan itu berkata, pembida antarabangsa yang mengambil bahagian dalam tender tersebut akur dengan keputusan kerajaan yang "membuat penilaian menyeluruh dari aspek teknikal dan komersil".

"Sehingga kini, tiada pembida yang membangkitkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak kementerian mengenai penganugerahan tender tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada MP Petaling Jaya Utara Tony Pua bertarikh 25 September di Dewan Rakyat.

Saturday, March 17, 2012

Anggota polis tawar beri keterangan pada tribunal


Beberapa anggota polis yang masih berkhidmat, telah memaklumkan kepada Malaysiakinimengenai kesediaan mereka tampil secara sukarela memberi keterangan kepada tribunal berhubung dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Keterangan tersebut, tegas mereka, akan melampaui dakwaan wujudnya pakatan sulit antara kedua-duanya dengan penjenayah.

Malaysiakini telah menyiarkan satu siri laporan sejak seminggu lalu mengenai dakwaan bahawa pasukan polis bersekongkol dengan penjenayah.

Ia dipercayai telah mendorong anggota polis berkenaan yang masih berkhidmat itu, untuk tampil memberi keterangan.

Mereka - yang enggan mendedahkan nama melainkan sebuah tribunal ditubuhkan - berkata ketika pasukan itu bertambah baik di bawah kepimpinan Tan sri Ismail Omar sekarang, namun pengaruh Peguam Negara Abdul Gani masih menimbulkan rasa takut di kalangan banyak pihak.

Ini, kata mereka, akan berterusan melainkan sebuah tribunal bebas ditubuhkan.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) meminta bukti terhadap dakwaan salahlaku tersebut.

Ini ekoran laporan Malaysiakinimengenai ucapan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff, yang mendakwa Gani bersama dengan Musa dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, telah menganiayainya dan orang-orangnya.

Tuduhan itu berasal daripada siasatan mereka terhadap Goh Cheng Poh atau Tengku Goh, seorang penjenayah dari Johor yang didakwa mendapat sokongan Musa.

Tengku Goh ditangkap oleh Ramli pada 1 Ogos 2007 tetapi dibebaskan empat bulan kemudian.

Ketika dakwaan semakin menggunung, Musa kemudiannya disiasat dan dibersihkan oleh Abdul Gani dan BPR, manakala kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung sehingga persaraannya pada 2010.

Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini persoalan mengenai dakwaan pembabitan kedua-duanya itu, masih berterusan.

Friday, October 21, 2011

Fenomena Aziz Bari

Pengantungan Aziz Bari oleh UIA menimbulkan fenomena baru menjelang himpunan 1 juta umat di mana sokongan kepada prof. Aziz Bari terus meningkat. Pengantungan ini akan memberi kesan kepada golongan intelek yang inginkan kebebasan dalam berhujah berdasarkan ilmu bukan berhujah berdasarkan emosi. Kunjungan ke facebook menunjukan peningkatan mendadak sokongan  kepada Aziz Bari dalam rangkaian sosial ini.

Himpunan sejuta Umat yang dibayangi oleh penglibatan UMNO sedikit sebanyak terjejas dengan penglibatan Gabungan Mahasisawa yang menunjukan bantahan di atas pengantungan Aziz Bari. Esok kita akan menyaksikan satu perhimpunan yang mendapat restu dari kerajaan UMNO tiada sekatan dan sesiapa dialu-alukan hadir sesuatu yang tidak langsung mencabar. Macam menonton bola sepak tiada sekatan...bukan macam bersih 2.0.

Aziz Bari kami menyokong anda. Terus mara jangan undur lagi, kami tetap bersama anda.


Saturday, September 24, 2011

Hudud: Mengapa Pakatan Rakyat perlu melatah?

Kadang-kadang apabila difikirkan, memang letih melayan karenah ahli-ahli politik Malaysia, tidak kira dari mana parti sekali pun. Telatah mereka seolah-olah tidak menggambarkan cita-cita rakyat, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi masing-masing.

Isu terbaru tentang hudud, atau lebih tepat lagi, isu yang dikitar semula dari semasa ke semasa, lebih mencerminkan permainan politik daripada penegasan mengenai akidah atau agama.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa dahagakan publisiti mencabar PAS supaya melaksanakan hudud di Kelantan, kepimpinan parti itu menempelak bekas Perdana Menteri yang telah menghantar suta pada 1994 mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan bertegas mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) berkaitan hukum hudud.

Apabila Pengerusi DAP Karpal Singah menolak pelaksanaan hudud kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata beliau rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kalau tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu melaksanakan hukum hudud.

Maka ghairahlah pecacai UMNO, termasuk media kawalan mereka serta blogger upahan, memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat terhadap apa yang digambarkan sebagai keretakan dalam Pakatan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyokong hasrat PAS Kelantan walau pun menambah bahawa undang-undang hudud itu perlu melindungi hak bukan Islam, di samping menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan UMNO tidak pernah menolak hudud, cuma keadaan sekarang tidak sesuai untuk dilaksanakan hukun jenayah cara Islam itu.

Baru sahaja para penyokong dan blogger upahan UMNO memulakan serangan terhadap Pakatan, tiba-tiba MCA pula mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional jika UMNO mahu melaksanakan hukum hudud.

“Pendirian kami sangat jelas. UMNO mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu. Kami akan keluar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pendirian PAS dan MCA

Pendirian PAS dan MCA ini telah menyulitkan usaha pecacai UMNO untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Pertama, bagi mereka yang selama ini mencanangkan bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP yang berprinsip demokrasi sekular, pendirian Nik Aziz telah membuktikan PAS tidak tunduk kepada mana-mana tekanan luar.

DAP juga tidak tunduk kepada tekanan untuk mengubah pendirian demokrasi sekular serta demokrasi sosial yang menjadi prinsip perjuangannya. Ini selaras dengan amalan Pakatan di mana setiap parti komponen adalah rakan kongsi setara atau equal partnership tanpa sebarang dominasi, seperti yang diamalkan dalam BN di mana UMNO menjadi dalang utama.

Kedua, pendirian MCA yang mungkin dikongsi oleh parti-parti komponen pelbagai kaum dalam BN akan menyebabkan segala tohmahan terhadap PAS, DAP dan PKR akan terpalit semula kepada muka mereka yang membuat tuduhan.

Dan semua ini berlaku tidak sampai seminggu selepas Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya mengumumkan bahawa Malaysia akan dijadikannya negara demokrasi terbaik di dunia.

Kembali kepada Dasar Bersama Pakatan

Bagi Pakatan Rakyat, apa yang dikatakan masalah itu boleh diselesaikan melalui dialog dan rundingan, selaras dengan budaya politik baru yang mahu Pakatan perkenalkan tanpa sebarang paksaan yang biasa diamalkan oleh kerajaan UMNO-BN.

Rujukan yang ada untuk Pakatan ialah Perlembagaan Persekutuan yang mana ia telah dijadikan asas kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Tiga perkara pertama yang menjadi pedoman Dasar Bersama adalah komitmen untuk:

* Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

* Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

* Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Inilah intipati Pakatan untuk mencapai cita-citanya, sebagaimana yang dicerminkan melalui slogan “Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia”.

Seperti mana yang pernah dikatakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali awal tahun ini, hudud bukan agenda dalam Dasar Bersama Pakatan.

“Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak… dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud,” katanya.

Sebagaimana DAP tidak memaksa Pakatan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menerima ideologi demokrasi sosial atau menjadikan negara sekular sepenuhnya, tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk memaksa penerimaan perjuangan masing-masing.

Kerjasama melalui tolak ansur dan sikap saling faham-memahami telah memperkukuhkan Pakatan sejak Mac 2008. Mengapa mahu dipecahkan perpaduan yang telah dimeterai itu?

Melatah kerana helah Mahathir?

Jika semata-mata kerana usikan Dr Mahathir pun sudah tidak terkawal perasaan, mungkin semua pihak berlu kembali bermuhasabah diri untuk menenangkan keadaan.

Lagi pun ia cuma perencanaan mainan politik Dr Mahathir yang memang diakui hebat dalam percaturan batu api. Bukan sahaja pembangkang diserangnya, pemimpin UMNO dan BN yang dibencinya turut menjadi mangsa.

Bagi Dr Mahathir, mungkin ia hanya satu cara untuk memberitahu Najib bahawa dialah (Mahathir) yang paling hebat dan mampu memecahbelahkan perpaduan Pakatan bagi menjamin kemenangan besar Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bermakna isu hudud sekarang ini dijadikan oleh Dr Mahathir sebagai bahan politiknya untuk memaksa Najib supaya akur dengan kehendaknya.

Agenda politik Mahathir dan Najib tidak ada kena-mengena dengan perjuangan murni Pakatan yang perlu ditumpukan demi kebaikan rakyat semata-mata.

Pakatan mahu membebaskan rakyat semua kaum dan agama dari UMNO-BN yang dibelenggu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, serta membawa era baru dalam usaha menambah pendapatan, mengurangkan beban kewangan dan peluang-peluang ekonomi, pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik.

Dalam hal ini, mengapa Pakatan Rakyat perlu melatah? – Roketkini.com

Friday, September 16, 2011

sudah tiba masa kita berubah...


Selamat hari Malaysia, sambutan yang julung kali diadakan pada bulan syawal dalam kemeriahan rumah terbuka dan sambutan hari raya. Kemeriahan sambutan hari raya tahun ini sedikit terganggu dengan himpitan kehidupan yang makin mencabar. Naiknya harga petrol, dan barang-barang keperluan harian membuatkan warga Malaysia dalam kesulitan. Terkesan daripada itu adalah golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Walaupun kerajaan memberikan setengah bulan gaji sebagai bonus raya kepada kakitangan kerajaan tetapi amat kurang manfaatnya kerana kesan peningkatan harga barang adalah lebih besar dan berpanjangan. Akhirnya saya berharap perubahan pemikiran pengundi PRU-13 dapat mengubah hidup kita pada masa akan datang...kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum dengan usaha mereka sendiri...berusahalah untuk berubah.